GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 7, 2014

Beri perhatian pengguna berskala kecil


Publication: BM
Date of publication: Apr 6, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 016

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu penubuhan Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut memberi perhatian serius kepada tuntutan pengguna berskala kecil.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata perlu ada satu mekanisma khusus untuk memberi tumpuan kepada pengguna yang membuat tuntutan seumpamanya.

Beliau berkata, selain itu perlu juga ada satu mekanisma khusus yang dapat memberi tumpuan kepada tuntutan pengguna berskala kecil ini bagi membolehkan tindakan serta merta diambil seperti jaminan pulangan semula wang atau seumpamanya.

Fokus kepada peniaga

"Melihat kepada cadangan penubuhan Tribunal Rayuan GST ini, ia lebih memberi fokus kepada peniaga berbanding pengguna secara keseluruhannya.

"FOMCA pada dasarnya menyokong usaha penubuhan Tribunal Rayuan GST ini bagi melindungi hak pengguna serta peniaga, tetapi dengan mengambil kira rayuan dikemukakan ke peringkat tribunal, ia menjurus kepada kadar jumlah tuntutan yang besar," katanya kepada BH, semalam.

No comments:

Post a Comment