GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 7, 2014

10 kebaikan GST dinikmati semua golongan


Ipoh: Sebanyak 10 kebaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dapat dinikmati sektor perniagaan, serta golongan pengguna sebagai pihak terakhir sepanjang rantaian perniagaan barangan dan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, 10 kebaikan itu adalah cukai yang efektif, telus, lebih adil selain menggalakkan 'ekonomi bayangan' berdaftar di bawah sistem GST.

“Ia cukai yang telus apabila peniaga dikehendaki menunjukkan cukai yang dikenakan dalam invois jualan manakala pengguna tahu jumlah cukai yang dibayar atas barang dan perkhidmatan yang dibeli,” katanya selepas merasmikan pejabat baru syarikat perunding hartanah antarabangsa, Rahim & Co di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kebaikan GST yang lain adalah ia akan mengurangkan karenah birokrasi, mengurangkan kos perniagaan, menambah pendapatan negara untuk faedah rakyat dan sektor eksport negara akan menjadi lebih kompetitif.

“Eksport akan lebih kompetitif kerana tiada cukai terselindung dalam barangan eksport serta kos menjalankan perniagaan lebih rendah memandangkan GST bukan adalah kos kepada peniaga yang berdaftar,” katanya.

Selain itu, katanya, GST juga berupaya mempelbagaikan hasil negara selain cukai pendapatan dan hasil petroleum serta tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, Ahmad tidak menafikan ada barangan yang akan mengalami kenaikan harga sebanyak satu peratus iaitu barangan yang mempunyai cukai sebanyak lima peratus ketika ini.

“Tetapi kita perlu tahu dan fahami banyak barangan pada masa sekarang mempunyai cukai jualan sebanyak 10 peratus, maka harganya akan turun kepada 6 peratus dengan pelaksanaan GST.

“Apa yang lebih penting, rakyat sebagai pengguna juga perlu sedar bahawa mereka telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sejak 1972,” katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment