GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, April 11, 2014

Kerajaan Tidak Lantik MYEG Kutip Cukai GST


April 10, 2014

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak melantik Syarikat MYEG Services Sdn. Bhd. (MYEG Services) untuk mengutip Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) bagi pihak kerajaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, syarikat itu cuma menjalankan Projek Customs Online Service Tax Reporting (COSTR) iaitu satu Kaedah Pemantauan Data Jualan (Invoice dan Resit Jualan) secara elektronik atas talian (on-line).

“Melalui sistem yang akan dibangunkan ini, data jualan dirakam secara elektronik dari mesin juruwang dan dihantar secara elektronik ke server Electronic Monitoring System (EMS) secara real time kepada pusat data kastam.

“Sistem ini terpakai kepada sektor perkhidmatan yang melibatkan operator restoran, bar, snek bar, rumah kopi luar hotel dan operator kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan, rumah urut, rumah awam kelas 1 serta rumah bir kelas 1,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khazali berkata, berdasarkan terma dan syarat-syarat projek itu, MYEG Servies hanya dibayar sekiranya pihak syarikat dapat membuktikan bahawa penggunaan sistem yang dibangunkan menjana peningkatan hasil daripada sektor-sektor berkenaan melebihi 14 peratus daripada hasil yang dicatat pada tahun sebelumnya.
Menurutnya, syarikat itu tidak akan menerima apa-apa bayaran sekiranya peningkatan kutipan hasil adalah kurang daripada 14 peratus.

Beliau menerangkan, projek itu tidak melibatkan sebarang kos kepada kerajaan dan pelesen cukai perkhidmatan bagi sektor berkenaan dari segi pembangunan kerana kos terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment