GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 7, 2014

Khutbah Jumaat mahu kerajaan buat kajian sebelum laksana cukai baharu

APRIL 04, 2014

Umat Islam perlu diingatkan lari daripada membayar hutang adalah perbuatan yang berdosa. Gambar fail.Di tengah-tengah kempen pembangkang mendesak kerajaan tidak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengingatkan sebarang langkah memperkenal dasar percukaian baharu mesti dibuat berdasarkan kajian teliti supaya tidak membebankan.

Khatib berkata, berdasarkan pandangan Imam Abu Yusuf, seorang ulama dalam bidang percukaian Islam, sesebuah negara boleh menaik atau menurunkan kadar cukai mengikut kemampuan rakyat.

“Pandangan Imam Abu Yusuf ini amat tepat kerana untuk mewujudkan dasar percukaian baru perlu dibuat kajian teliti supaya tidak membebankan rakyat dan pengguna terutama golongan daif dan miskin,” kata khutbah Jumaat, hari ini.

Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pembangkang menentang keras tindakan kerajaan itu dan merancang mengadakan kempen secara besar-besaran.

Khutbah yang disediakan untuk semua masjid di Wilayah Persekutuan berjudul “Memakmurkan Ekonomi Tanggungjawab Bersama” itu turut menyentuh tentang hutang.

Khutbah meminta semua rakyat agar membayar cukai yang dikenakan ke atas mereka dan mengaitkan kegagalan melakukannya sama seperti lari daripada membayar hutang, perkara yang sangat ditakuti oleh umat Islam khasnya di luar bandar yang tidak biasa berhutang.

“Rakyat akan mengalami kesulitan dan negara akan berdepan kelembapan ekonomi disebabkan ada golongan yang cuai membayar hutang.

“Takutlah kepada Allah kerana mereka yang berhutang tidak diampuni dosanya oleh.

“Cuba bayangkan berapa banyak kerugian terpaksa kerajaan tanggung akibat budaya hidup sebegini, berapa banyak projek pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya,” kata khutbah itu. – 4 April, 2014.

No comments:

Post a Comment