GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Saturday, April 12, 2014

Guna Media Sosial Terangkan Tentang GST

mynewshub

April 12, 2014

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperhebatkan lagi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada orang ramai terutama golongan muda negara melalui media sosial.

Ia berikutan tinjauan Pemuda UMNO baru-baru ini mendapati masih ada golongan muda menganggap penguatkuasaan GST tidak memberi faedah kepada kerajaan secara keseluruhan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, tinjauan itu juga mendapati kebanyakan responden memilih penerangan GST perlu dibuat melalui media sosial dengan mengekalkan penerangan melalui media arus perdana.

“Mereka memilih Facebook sebagai saluran utama dan diikuti televisyen, laman web, surat khabar dan radio menjadi pilihan yang terakhir.

“Tinjauan oleh Akademi Pemuda UMNO itu mengambil dua kaedah pendekatan iaitu Tinjauan Umum dan Kajian Sentimen Media Sosial antara Oktober hingga April lalu,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, antara yang menjadi kehendak generasi muda berhubung pelaksanaan GST adalah memastikan penurunan cukai individu manakala insentif cukai ditambah dari semasa ke semasa.

Menurutnya, beberapa isu lain yang harus diberi tekanan adalah memastikan isu-isu ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara dikelola dengan lebih baik dan pengecualian GST ke atas bil perkhidmatan internet.

Justeru, katanya, Pemuda UMNO akan sedaya upaya membantu pihak kerajaan dalam menerangkan tentang GST kepada masyarakat agar kesan serta impak positif dari GST ini akan sampai kepada kepada semua peringkat masyarakat.

No comments:

Post a Comment