GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 4, 2013

Tangkis fitnah pembangkang


Publication: MA
Date of publication: Nov 3, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 018
Byline / Author: Oleh Syah Rul Aswari Abdullah; Muhammad Saufi Hassan; Nur Syazwana Mansor

Yan: Jentera Pemuda UMNO perlu bermati-matian menangkis serangan pembangkang terhadap dasar kerajaan sehingga detik terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tamat pada tengah malam ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, semua pemimpin Pemuda UMNO di peringkat akar umbi diminta menjalankan pecutan terakhir menerusi kempen sayap parti, selain proaktif dalam menjelaskan kepada pengundi di Sungai Limau terhadap tuduhan pembangkang.

"Dalam setiap ceramah PAS, kita boleh katakan 90 peratus daripadanya berunsur fitnah terhadap pemimpin UMNO. Mereka sengaja bangkitkan pelbagai isu berikutan terdesak untuk kekalkan kedudukan di Sungai Limau.

"Saya minta pemimpin Pemuda di kawasan ini manfaatkan dua hari ini bagi menjelaskan kepada pengundi berhubung dakwaan memburukkan kerajaan dalam isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berkunjung ke sebuah rumah pengundi di Pekan Sungai Limau Dalam, di sini, malam kelmarin.

Pada masa sama, katanya, tempoh 48 jam terakhir menjadi detik penting bagi Pemuda UMNO untuk meraih sokongan pengundi muda supaya berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada hari mngundi esok.

Menurutnya, ini berikutan kira-kira 11,326 jumlah pengundi muda akan menjadi faktor penentu kepada kemenangan BN pada PRK itu.

"Mereka kena tahu kalau undi BN, kita boleh beri apa yang mereka perlukan sebab kerajaan negeri dan pusat dipimpin oleh BN.

"Namun, kalau mereka pilih PAS, pihak itu akan hanya jadi wakil rakyat biasa yang tidak mampu membawa perubahan," katanya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan bersama Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir, kelmarin turut meluangkan masa bersama 200 Pemuda UMNO mengadakan program santai dan aktiviti barbeku di Kuala Dulang Kechil.

No comments:

Post a Comment