GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, November 6, 2013

Harga produk Gloria Jean's kekal


ARKIB : 02/11/2013

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. pemegang francais utama, Gloria Jeans Coffees di negara ini tidak bercadang menaikkan harga minuman dan makanan di premis itu walaupun sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fauzi Awang berkata, kerajaan mempunyai alasan munasabah dalam melaksanakan GST berikutan ia antara usaha untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

"Kita tidak boleh melihat kepada pengenalan GST itu sahaja kerana ia bukanlah cukai tambahan baharu malah cukai jualan dan cukai perkhidmatan telah dimansuhkan justeru digantikan dengan satu cukai sahaja," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran menu baharu Gloria Jeans Coffees di Menara PNS, Bangsar South City, Kuala Lumpur hari ini.

Ujarnya, menu baharu itu memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih makanan tempatan atau barat kerana sebelum ini pihaknya hanya menyajikan makanan tertentu yang sesuai dipadankan dengan kopi seperti quiche, pai dan kek.

"Gloria Jean's Coffees meskipun merupakan jenama antarabangsa, kami akur dengan permintaan pelanggan tempatan yang menginginkan menu tertentu bersesuaian dengan cita rasa mereka.

"Oleh itu, penambahan dalam kepelbagaian menu seperti set makanan yang boleh dinikmati sepanjang hari seperti nasi lemak, pasta dan ayam panggang akan dapat memenuhi kehendak pelanggan," katanya.

Promosi makanan itu merupakan aktiviti promosi berterusan di cawangan yang mengambil bahagian sahaja memandangkan kelengkapan penyediaan makanan agak berbeza dengan kelengkapan penyediaan kopi.

Tambahnya, tidak semua cawangan Gloria Jean's Coffees akan dapat menawarkan makanan ini secara serentak kerana pihaknya bersama rakan niaga francais kini melalui proses secara berperingkat menyediakan cawangan dengan kelengkapan penyediaan makanan.

Menjalankan perniagaan berkonsepkan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sehingga kini sebanyak 24 cawangan di Malaysia dan dua lagi cawangan di Brunei.

Sementara itu, Fauzi Awang ketika diminta mengulas isu pengurangan subsidi gula, beliau berkata, syarikatnya tidak begitu terasa kesannya kerana produk minumannya menggunakan sirap berbanding gula bagi tujuan kesihatan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment