GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 4, 2013

Pemuda gesa buat pecutan akhir


Publication: BM
Date of publication: Nov 3, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 009
Byline / Author: Oleh Kadir Dikoh; Adha Ghazali; Diyanah Anuar; Haspaizi Mohd Zain; Suzalina Halid; Nora Mahpar; Maria Uffa Zulkafeli; Nur Syazwana Mansor

Yan: Pemimpin akar umbi Pemuda UMNO diminta membuat pecutan terakhir sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau esok bagi menepis segala serangan pembangkang yang memburukkan dasar kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pemimpin Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian harus proaktif memperjelaskan keadaan sebenar bagi mematahkan semua tuduhan yang berniat jahat.

"Dalam setiap ceramah PAS, kita boleh katakan 90 peratus berunsur fitnah terhadap pimpinan UMNO yang sengaja dibangkitkan kerana mereka terdesak nak kekalkan kedudukan di Sungai Limau. Jadi saya minta pemimpin Pemuda di kawasan ini manfaatkan baki kempen, perjelaskan kepada pengundi seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Penting bagi Pemuda UMNO mengekalkan momentum sokongan 11,326 pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada pemberita ketika berkempen di pekan Sungai Limau Dalam, malam kelmarin.

Katanya, pengundi perlu diberi penerangan yang mereka akan memperoleh bantuan yang diperlukan jika memilih BN kerana kerajaan di peringkat negeri dan Pusat, diperintah parti yang sama.

"Kalau pilih PAS, pihak itu akan hanya jadi wakil rakyat biasa yang tidak mampu membawa sebarang perubahan," katanya yang sebelum itu bersama Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir meluangkan masa bersama kira-kira 200 pemuda dalam program santai dan aktiviti barbeku di Kuala Dulang Kechil.

No comments:

Post a Comment