GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 7, 2013

Sambut baik elaun ICT


Publication: HM
Date of publication: Nov 7, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 071

Kuala Lumpur: Kumpulan AIM, penyedia pusat data tempatan melihat kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016 dalam pengumuman Belanjawan 2014 memberi kesan positif kepada pemain industri ICT untuk terus bersaing dengan kemajuan teknologi terkini dan sentiasa menaik taraf peralatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chiew Kok Hin berkata, pengenalan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) diperkenalkan menjelang 2015 juga membantu pemain industri pusat data mengurangkan kos operasi.

Beliau berkata, purata harga elektrik di Malaysia untuk perniagaan lebih tinggi daripada harga global dan kos ini bebanan kepada pemain industri pusat data.

"Walaupun ledakan perkhidmatan awan dan media sosial di seluruh dunia, kita masih belum melihat ia diterjemah kepada perniagaan.

"GST akan memberi kesan kepada bil elektrik dalam kalangan industri dan pusat data turut terkesan," katanya.

No comments:

Post a Comment