GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 4, 2013

RPGT dipertingkat sekat pembeli spekulatif


Publication: HM
Date of publication: Nov 4, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 046

Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sehingga 30 peratus secara keseluruhannya dilihat dapat membendung spekulasi harga rumah di pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar yang dinaikkan itu adalah munasabah dan sebenarnya tidak akan memberi kesan negatif bagi menarik pelabur asing dalam pasaran hartanah di negara ini.

Katanya, kerajaan tekad membendung aktiviti spekulasi hartanah kali ini menerusi pengenalan kadar RPGT lebih tinggi daripada jangkaan dengan kumpulan sasaran yang lebih meluas.

"Peningkatan kadar RPGT bagi warga asing adalah langkah yang bijak kerana ia dapat menyekat pembeli spekulatif dengan lebih berkesan. Malah, jika kita lihat jika benar mereka ingin membuat pelaburan hartanah sudah pasti akan membabitkan tempoh waktu sederhana dan panjang.

"Namun, ada yang membeli rumah belum siap dan apabila siap mereka terus menjualnya. Ini yang menyebabkan spekulasi," katanya kepada media selepas memberi ucapan di Seminar Bajet 2014 anjuran Aftass Parker Randall di sini.

Menurutnya, kenaikan harga minimum rumah yang boleh dibeli warga asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta seunit pula masih berada pada harga kompetitif kerana jika ditukar kepada nilai dolar ia berjumlah AS$300,000.

Abdul Wahid berkata, pihaknya yakin nilai RPGT itu tidak akan menjejaskan pasaran hartanah, malah ia memberi ruang kepada mereka yang memang ingin membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

Beliau berkata, mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), rakyat tidak perlu bimbang kerana tidak semua barangan boleh dikenakan GST, hanya perniagaan yang mencatat kadar jualan minimum RM500,000 layak mengenakan cukai itu.

No comments:

Post a Comment