GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 4, 2013

Industri perumahan minta dikecuali GST


Publication: BH
Date of publication: Nov 4, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Glomac Bhd, pemaju hartanah tempatan berharap kerajaan dapat mengecualikan industri perumahan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk FD Iskandar FD Mansor, berkata pihaknya mengalu-alukan pelaksanaan GST kerana ia adalah langkah positif untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Namun, katanya bagi mengelakkan kesan serta-merta yang mampu membantutkan pertumbuhan industri perumahan dan hartanah negara, beliau memohon supaya industri perumahan dapat dikecualikan dari GSTatau mengenakan kadar sifar kepada bahan binaan.

"Kami percaya langkah ini akan memastikan fokus dan hasrat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya mampu memiliki rumah sendiri selaras dengan konsep rakyat didahulukan dan mesra pembeli diutamakan tercapai," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri FD Mansor.

FD Iskandar berkata, beliau juga memohon supaya kerajaan dapat mengkaji untuk menyemak semula langkah menaikkan had Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014 baru-baru ini.

Katanya, kenaikan daripada 15 peratus kepada 30 peratus RPGT itu dianggap agak drastik dan dijangka menjejaskan sentimen pembeli dan melemahkan jualan hartanah di samping memberi kesan yang lebih negatif yang akan mengurangkan bekalan hartanah dalam industri.

"Industri hartanah membabitkan lebih 140 sektor di dalamnya dengan menyediakan lebih sejuta peluang pekerjaan dan ia mampu menjejaskan industri itu secara keseluruhannya.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon kepada kerajaan supaya dapat menyemak semula langkah menaikkan kadar RPGT itu," katanya.

Jelasnya, mengenai isu Skim Tanggungan Faedah oleh Pemaju (DIBS), walaupun ia disasarkan untuk mengekang aktiviti spekulator hartanah, namun ia juga memberi kesan kepada industri hartanah.

No comments:

Post a Comment