GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 7, 2013

Sedia hadapi risiko harga barang naik


Publication: HM
Date of publication: Nov 7, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 070

Kuala Lumpur: Kerajaan bersedia menghadapi risiko kenaikan harga barang dan inflasi apabila mengumumkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada minggu lalu dan yakin ia mampu diatasi jika setiap pengguna bekerjasama dalam menangani permasalahan terbabit dengan bantuan pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Hamim Samuri berkata, kerajaan akan memastikan kedua-dua perkara itu tidak berlaku meskipun pakar ekonomi menjangkakan berlaku sedikit kenaikan harga barang semasa tempoh peralihan kepada pelaksanaan GST.

"Kerajaan menetapkan tempoh waktu yang panjang bagi pelaksanaan GST iaitu selama 17 bulan apabila sepanjang masa itu, pihak kerajaan turut membantu rakyat menghadapi situasi itu melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM300 dan pengecualian cukai pendapatan RM2,000," katanya pada Persidangan Eksport Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) di sini.

Beliau berkata, GST bukan berkaitan penambahan cukai kerana ia satu sistem kutipan cukai bersifat lebih cekap yang menjadikan jumlah cukai berubah dengan mekanisme lebih baik untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment