GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, November 6, 2013

Pembangkang tidak sepakat isu cukai barangan dan perkhidmatan


ARKIB : 01/11/2013

JAMIL Khir Baharom (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional kawasan Parlimen Jerai sambil diperhatikan Roslee Baharom (dua dari kanan) dalam Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Asas Tani bersama masyarakat Parlimen Jerai di Guar Chempedak, Kedah, semalam. - BERNAMA
JERAI 31 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan pembangkang tidak sepakat apabila menggunakan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai modal awal mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beliau berkata, perkara berkenaan dapat dilihat apabila wujud percanggahan pendapat sesama mereka dalam isu berkenaan sehingga mengelirukan pengundi.

"Di Sungai Limau, mereka (pembangkang) hanya mendengar cakap-cakap orang sahaja yang mengatakan GST tidak bagus tanpa mengkaji faktanya secara terperinci.

"Hari ini, rakan mereka dalam pakatan pembangkang pula mengakui GST yang mahu dilaksanakan kerajaan lebih telus. Jadi, saya rasa pembangkang perlu kaji secara mendalam terlebih dahulu dan jangan tolak mentah-mentah," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta sumbangan zakat, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Pertanian MADA, Datuk Roslee Baharom.

Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali di Dewan Rakyat semalam yang mengakui GST merupakan sistem percukaian telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, kerajaan tidak akan sesekali melaksanakan sesuatu perkara jika ia membebankan rakyat.

"Langkah melaksanakan GST sudah lama difikirkan dan hanya akan dilaksanakan pada April 2015.Ia juga sudah ditegaskan bahawa barangan keperluan asas seperti makanan tidak terlibat.

''Jika tidak memberi faedah, sudah pasti negara-negara lain tidak akan laksanakannya dan kembali kepada sistem cukai lama," katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak RM19,700 disumbangkan kepada lebih 200 penerima zakat manakala MOA pula memberi bantuan asas tani kepada dua orang penerima membabitkan jumlah RM18,000.

Selain itu, sebanyak RM5,000 turut disumbangkan kepada dua orang petani melalui bantuan projek pertanian manakala RM100,000 diberikan kepada 50 peniaga yang mahu membeli mesin dalam meningkatkan pengeluaran masing-masing.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment