GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 4, 2013

Kemasukan dana asing mampu lonjak FBM KLCI


Publication: BH
Date of publication: Nov 1, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 002

Prestasi pasaran saham tempatan dijangka kekal kukuh dengan indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berpotensi mencatat paras tertinggi baru iaitu 1,900 mata dalam tempoh 12 bulan.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata prestasi kukuh itu didorong faktor positif daripada pengumuman Bajet 2014, kemasukan berterusan dana asing serta pemulihan sentimen pelaburan di peringkat global.

Beliau berkata, langkah yang diumumkan dalam Bajet 2014 serta pembaharuan struktur fiskal dilihat mampu merangsang sentimen pelabur di pasaran saham dan mendorong aktiviti belian yang lebih besar oleh dana asing.

Katanya, pengumuman langkah berani kerajaan seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula April 2015, mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam mempelbagaikan pendapatan negara yang mana akan menarik minat pelabur asing untuk terus memasuki pasaran saham tempatan.

"Bajet 2014 merangkumi inisiatif menyeluruh dengan langkah berani untuk mengukuhkan lagi kedudukan fiskal negara, pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama menjaga kebajikan rakyat. Ia dilihat mampu merangsang aktiviti belian di pasaran saham tempatan," katanya ketika ditemui selepas ceramah mengenai prospek pasaran tempatan di Klang semalam.

Lonjak RM500 juta

Dalam tempoh dua minggu pertama Oktober, belian dana asing dalam pasaran saham tempatan melonjak kepada kira-kira RM500 juta berbanding kira-kira RM90 juta pada dua minggu terakhir September lalu.

Nazri berkata, saham syarikat yang bakal meraih manfaat daripada pengumuman Bajet 2014 ialah saham berkaitan minyak dan gas, utiliti, telekomunikasi, teknologi dan berkaitan GST.

Beliau berkata, peningkatan minat belian dalam saham berkenaan dijangka membantu indeks penanda aras untuk mengukuh dengan mencecah paras 1,826 dalam terdekat dan selanjutnya pada paras 1,850 pada akhir tahun ini.

No comments:

Post a Comment