GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, November 6, 2013

Majoriti rakyat Kedah tolak pembangkang PRU-13


ARKIB : 02/11/2013

JERAI 1 Nov. - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau perlu merebut peluang untuk menyertai angin perubahan rakyat Kedah yang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dalam pilihan raya umum lalu, majoriti rakyat Kedah menolak pembangkang selepas memberi peluang kepada kepada mereka menerajui pentadbiran Kedah pada 2008.

Katanya, ia berikutan kerajaan Pas Kedah gagal membawa banyak perubahan sebaliknya pelbagai pembangunan dibawa oleh kerajaan Pusat.

"Sebab itu, dalam masa empat tahun selepas mentadbir, rakyat Kedah menolak Pas dan ia adalah bukti rakyat menunjukkan kebijaksanaan.

"Dengan semangat ini, orang Sungai Limau juga boleh bersama angin perubahan ini," katanya dalam majlis kenduri kampung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Gelam Tiga di Sungai Limau, di sini hari ini.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan seperti Datuk Hattan dan Datuk M. Daud Kilau.

Menurut Ahmad Shabery, BN menawarkan pelbagai janji yang baik seperti meningkatkan kemudahan prasarana dan menyelesaikan masalah rakyat.

Justeru, kata beliau, tiada sebab pengundi Sungai Limau tidak merebut peluang itu demi kesejahteraan mereka kerana perubahan ke arah lebih baik mampu dilakukan BN.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pembangkang bermain politik berbolak-balik mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ini kerana, kata beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan pernah bercakap beliau hendak memperkenalkan GST tetapi kini menentangnya pula.

"Semasa menjadi Menteri Kewangan, Anwar tahu semua pakar ekonomi menganggap ia satu sistem cukai yang baik untuk memperkukuhkan ketahanan ekonomi negara ini.

"Jadi saya rasa ia bukan satu yang besar dalam kalangan masyarakat' katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment