GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 4, 2013

Pembangkang dolak-dalik isu GST


Publication: BM
Date of publication: Nov 3, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 028

Pemimpin pembangkang mengakui keberkesanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan pada April 2015. Belalang hairan kenapa pembangkang berdolak-dalik dalam soal ini atau mengenakan syarat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun akui faedahnya dan akan laksanakan GST kalau pembangkang dapat menguasai negara.

Lagipun bukan semua barangan akan dikenakan GST dan hanya perniagaan yang mencatatkan jualan minimum RM500,000 layak mengenakan cukai itu. Kerajaan juga sudah memberi jaminan harga barangan keperluan asas tidak akan dikenakan GST.

Bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, GST adalah cukai adil kerana yang berpendapatan tinggi akan berbelanja dan membayar GST. Kita yakin kerajaan yang selama ini mengutamakan kebajikan rakyat dengan menyediakan pelbagai bantuan dan insentif tidak mungkin akan membebankan mereka pula dengan cukai.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Dalam dua minggu ini, kita dikejutkan dengan dua kejadian rompak yang dilakukan oleh pengawal keselamatan. Dalam kejadian pertama, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di Subang Jaya sebelum melarikan sejumlah wang tunai. Khamis lalu seorang pengawal bersenjatakan pistol pula merompak kedai emas di Setapak.

Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi. Mereka yang diharapkan menjaga keselamatan premis perniagaan dan kakitangan, sebaliknya mereka sendiri yang merompak sehingga tergamak menembak mati pegawai di situ.

Pengajarannya, kita tidak boleh memandang ringan soal menggaji pengawal keselamatan kerana bila-bila masa saja mereka boleh mengancam nyawa kita. Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia kenalah memastikan syarikat kawalan keselamatan tidak mengambil warga asing sewenang-wenangnya. Kita khuatir masyarakat tidak lagi percaya kepada pengawal keselamatan terutama yang dibekalkan senjata api.

No comments:

Post a Comment