GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 7, 2013

Berhenti keluar kenyataan mengelirukan rakyat berhubung GST, kata Chong


Posted on November 4, 2013, Monday

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen meminta Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat khasnya berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya SUPP menerusi beberapa pemimpin cuba menjelaskan perkara yang tidak dapat diperjelaskan atau merasionalkan perkara yang tidak rasional.

Beliau berkata kenyataan Ahli Jawatankuasa SUPP Kuching Sim Kiang Chiok dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini mengatakan pelaksanaan GST sebagai ‘Robin Hood Tax’ yakni golongan berpendapatan tinggi membayar cukai bagi membantu golongan miskin di negara ini.

“GST hanyalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum ini dan ia perkara sejagat dan dilaksanakan di banyak negara.

“Bagaimanapun penyokong kuat pelaksanaan sistem cukai ini mengakui ia juga memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah kerana mereka juga tidak terkecuali daripada menjelaskannya,” ujar beliau pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa menambah, kenyataan Sim atau SUPP amnya jelas menunjukkan parti itu tiada pendirian dan cuba menjelaskan perkara yang tidak dapat diperjelaskan kepada rakyat.

Menurut Chong, menerusi pelaksanaan GST nanti, negara dijangka memperoleh pulangan sehingga RM11 bilion setahun.

“Secara logiknya pelaksanaan GST tidak mengambil kira kepayahan golongan miskin, memang ia satu langkah menyebabkan mereka yang sering lari daripada tanggungjawab ini melaksanakannya tetapi pada masa sama memberi impak kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Ini bukannya kisah Robin Hood, ini realiti yang akan dihadapi rakyat apabila GST dilaksanakan sepenuhnya nanti,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment