GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, November 6, 2013

GST bukan ancaman pada PKS



Kuala Lumpur: Syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) dijangka tidak terjejas apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan mulai April 2015, namun ia memerlukan golongan itu memahami lebih jelas mengenai mekanisme dan cukai itu sendiri bagi memastikan ia tidak memberi impak negatif kepada perniagaan masing-masing.

Rakan Kongsi Pengurusan YYC Advisors, syarikat perunding perakaunan, Yap Shin Siang berkata, PKS harus menguruskan kewangan dengan baik, memastikan pengguna mampu menyerap harga ditawarkan dan menjalankan urus niaga dengan pembekal yang berdaftar dengan GST bagi membolehkan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada pelaksanaan cukai terbabit. 

“Untuk memastikan keuntungan syarikat, PKS perlu mengetahui cara sebenar bagi menjana pendapatan kerana mereka boleh melakukan tuntutan cukai input (pembelian) kepada kerajaan apabila dikenakan cukai output (jualan),” katanya pada Bisnes Metro, di sini, kelmarin. 

Beliau menggalakkan PKS mendaftarkan diri sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh pelaksanaan GST untuk membolehkan mereka mendalami dan mengenal pasti segala keperluan dan permasalahan sepanjang tempoh percubaan atau prapelaksanaan.

Menurutnya, ketika ini terdapat salah faham mengenai GST dalam kalangan peniaga kerana kebanyakan daripada mereka beranggapan bahawa ia berkaitan penambahan kos dalam menjalankan perniagaan.

“Saya ingin menegaskan GST tidak membabitkan sebarang kos dan ia adalah transformasi kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum ini, namun dengan cara lebih baik kerana menawarkan nilai tambah di setiap peringkat perniagaan bermula daripada peringkat borong hingga urus niaga peruncitan. 

“Sistem GST turut membuktikan ketelusan dalam urus niaga di negara dan menjadikan perniagaan lebih mudah serta adil kepada semua pihak terbabit dan turut menarik pelabur luar serta tempatan,” katanya. Daripada aspek daya saing, ia amat berkesan kerana semua syarikat berada pada tahap sama disebabkan caj terbabit wajib dikenakan kepada semua syarikat perniagaan, 

Dalam masa sama, beliau menyatakan bahawa GST bukan ancaman kepada PKS kerana jika syarikat menjalankan urus niaga perniagaan dengan baik dan mempunyai pengetahuan mengenai cukai terbabit. 

Shin Siang berkata, YYC Advisors sudah mengambil langkah memberi penerangan kepada golongan peniaga mengenai GST sebelum pembentangan Bajet 2014 lagi melalui penganjuran seminar dengan beberapa persatuan berkaitan perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/06

No comments:

Post a Comment