Publication: BH
Date of publication: Nov 5, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 030
Byline / Author: Oleh Yosri Abu Mahsin
Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober lalu. Banyak yang disentuh dalam bajet kali ini bagi mengurangkan beban hidup dalam kalangan semua peringkat rakyat.
Bajet 2014 menggambarkan iltizam kerajaan yang prihatin, memahami masalah rakyat setiap akar umbi Pembangkang pula sudah mula memanipulasi isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa akan membebankan hidup rakyat walaupun hanya dilaksanakan 17 bulan akan datang.
Platform terbaik untuk perbahasan adalah melalui Dewan Rakyat, bukan mengheret rakyat yang tidak arif mengenai GST ini pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.
Rumah adalah keperluan asas rakyat yang perlu ditangani kerajaan pada masa kini. Isu lambungan harga rumah secara mendadak sejak akhir-akhir ini perlu ditangani kerana menipiskan peluang rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.
Isu kenaikan harga rumah mendapat perhatian berat kerajaan selain meneruskan pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik di pinggir bandar kecil dan besar.
Apa yang boleh dicadangkan untuk memastikan harga rumah mampu dibeli oleh semua golongan rakyat adalah kaedah pembinaan rumah boleh diubah suai iaitu iaitu rumah asas yang boleh disambung dari masa ke semasa mengikut kemampuan pembeli.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak atas inisiatif membina rumah mampu milik pada harga antara RM65,000 hingga RM70,000 di Taman SSI Bukit Kinding, Tanjong Rambutan yang memberi manfaat kepada 130 penjawat awam.
Adalah menjadi harapan supaya lebih banyak rumah seperti itu dibina di Perak memandangkan masih banyak tanah kerajaan yang boleh diperoleh bagi maksud tersebut. Peluasan kampung perlu dilakukan bagi memastikan desa tradisi tidak pupus selepas generasi terdahulu meninggal dunia.
Yosri Abu Mahsin
Ipoh, Perak
No comments:
Post a Comment