GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 7, 2013

GST tak beban pengguna


Publication: HM
Date of publication: Nov 7, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 069
Byline / Author: Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri; Sharifah Norfaezah Wan Ahmad

Kuala Lumpur: Sistem cukai dan perkhidmatan barangan (GST) tidak akan membebankan rakyat kerana mekanismenya sudah dan akan terus dikaji bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar adil.

Penasihat Cukai Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Kamariah Hussain berkata, sebelum ini pengguna sudah dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Katanya, GST adalah gantian kepada SST dan ia sebenarnya jauh lebih rendah yang mana pengguna hanya perlu membayar sekali cukai berbanding sistem SST.

"Sebenarnya GST sudah pun dicadangkan beberapa tahun lalu, tetapi kerajaan tidak mahu tergesa-gesa melaksanakannya sebelum kajian terperinci dibuat.

"Sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya pada 2015, kajian teliti dan menyeluruh sudah dibuat. Dalam kajian itu, kerajaan mendapati SST yang sudah dilaksanakan sekian lama mempunyai kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga," katanya kepada Bisnes Metro dalam sesi taklimat GST, di sini, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan GST akan mengatasi kelemahan yang merugikan rakyat dan kerajaan, malahGST bukanlah cukai tambahan baru, tetapi menggantikan cukai SST yang banyak kelemahannya.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila kerajaan memutuskan untuk mengenakan jumlah enam peratus untuk cukai GST dibandingkan lima peratus untuk cukai jualan dan 10 peratus cukai perkhidmatan yang terangkum dalam SST.

Kamariah berkata, harga barangan juga akan menjadi lebih murah bergantung sama ada ia barangan asas atau tidak dan dakwaan sesetengah pihak mengatakan pelaksanaan GST akan menyebabkan semua barangan melambung naik adalah tidak tepat.

"Walaupun pada asasnya GST tidak membebankan golongan terbabit, namun kerajaan masih menyediakan mekanisme terbaik bagi memastikan ia mendapat manfaat kepada rakyat.

"Kerajaan juga menggunakan sistem `threshold' yang meletakkan had jumlah barangan tertentu yang melayakkan seseorang itu dikenakan GST. Ini bermaksud, jika seseorang peniaga menawarkan barangan tidak melebihi had tertentu dalam jangka masa tertentu, peniaga terbabit tidak akan dikenakan GST dan tidak wajar untuk cukai itu dikenakan oleh peruncit kepada pengguna lain," katanya.

GST adalah sistem percukaian terbaik yang sudah dilaksanakan oleh majoriti negara dunia (160 negara) dan seluruh negara di ASEAN melainkan Brunei dan Myanmar.

Menerusi GST, kerajaan juga dapat mengutip cukai jualan sehingga 90 peratus berbanding 70 hingga 80 peratus sekarang, sekali gus wujudkan sistem cukai lebih yang lebih efisien.

No comments:

Post a Comment