GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, April 17, 2014

Transformasi tak henti


Publication: HM
Date of publication: Apr 16, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 016
Byline / Author: Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Program transformasi ekonomi yang dirancang kerajaan sebelum ini perlu diteruskan, malah sebarang bentuk bayangan atau kajian untuk mengkaji semula program itu boleh memberi isyarat negatif kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah diambil kerajaan sebelum ini termasuk konsolidasi fiskal dan program rasionalisasi subsidi serta langkah memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dilakukan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu perlu dilakukan dengan kaedah berhemah dan tidak keterlaluan bagi mengelak ia membebankan rakyat.

"Langkah berkenaan perlu bagi memastikan kedudukan kewangan negara bertambah mantap dan kukuh. Kesungguhan kerajaan itu akan mengembalikan keyakinan dunia termasuk agensi penarafan terhadap Malaysia.

"Saya yakin langkah diperkenal itu dapat menunjukkan kemampuan kita untuk bersaing dengan ekonomi yang lain kerana kita perlu kepada kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi," katanya ketika pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, semalam.

Katanya, dunia tahu bahawa GST baik untuk ekonomi sesebuah negara kerana ia boleh menentukan masa depan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun katanya, masih ada ahli politik yang mengambil platform populis menentang langkah kerajaan itu sedangkan ia penting untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, beliau akui tahun pertama pengenalan GST akan ada sedikit kenaikan, namun ia tidak terlalu berat dan kerajaan ada langkah tertentu untuk tidak membebankan rakyat.

No comments:

Post a Comment