GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 15, 2014

Jakim tersisih dari realiti berkenaan GST


K Pragalath | April 14, 2014

Pemimpin PKR mengkritik Jakim yang tidak menegur kepimpinan negara yang meningkatkan hutang negara.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ekoran khutbah Jumaat yang disampaikan pada hari Jumaat lalu yang hanya mahukan rakyat mengelakkan diri dari hutang.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Jakim sangat tersisih daripada realiti kehidupan benar rakyat terutamanya rakyat bawahan,” beliau berkata dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR tengahari tadi.

Khutbah Jakim Jumaat lalu bertajuk memperkasa ekonomi ummah dan memakmur ekonomi tanggungjawab bersama adalah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Saifuddin, khutbah tersebut menyatakan bahawa rakyat perlu mengelakkan diri dari amalan hutang sedangkan khutbah dalam pengertian sebenar bertujuan untuk menegur dan menasihat semua termasuk pemimpin.

“Sepatutnya, teks itu patut dimasukkan frasa “termasuk Perdana Menteri”,” tambah Saifuddin.

Beliau menambah bahawa sepatutnya khutbah yang diberikan oleh Jakim turut menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkatkan beban hutang negara.

“Beban hutang negara paling tinggi meningkat di bawah kepimpinan Najib. Hampir 58% daripada KDNK terdiri daripada hutang.

“Jumlah hutang bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya separuh dari jumlah hutang Najib. Hutang Najib paling buruk. Mana mungkin Jakim abaikan ini?” tanya Saiffudin.

Beliau turut menyatakan khutbah Jumaat tersebut juga tidak menyentuh soalan ketirisan, rasuah dan pembaziran oleh pentadbiran Najib.

Selain itu Saifuddin turut menyatakan bahawa rasional kerajaan BN untuk melaksanakan GST ialah kerana kerajaan mahu mengutip dana sebanyak RM20 bilion untuk mengatasi beban hutang dan subsidi yang dikurangkan.

Rasional kedua, ialah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak dan gas.

No comments:

Post a Comment