GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 14, 2014

Rakyat harus pandang positif pelaksanaan GST


Posted on April 13, 2014, Sunday

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat mengingatkan rakyat memandang positif niat kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini yang bermula pada 15 April tahun depan.

Menurutnya, pelaksanaan GST akan menambah hasil pendapatan kerajaan sekali gus boleh diguna memajukan pelbagai sektor pembangunan negara pada masa akan datang.

Katanya, GST bukan perkara baharu kerana tanpa disedari terdapat cukai yang telah lama dilaksanakan bagi menambah hasil pendapatan kerajaan menerusi cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

“Dua cukai itu digabung menjadi GST dan lantaran itu pendapatan diperolehi menerusi GST membolehkan rakyat menikmati hasil cukai tersebut menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan mereka,” katanya pada Majlis Suai Kenal di Sekolah Kebangsaan (SK) Jaong daerah kecil Pantu, Sri Aman malam kelmarin.

Pada majlis itu, Masir mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jaong, Pantu.

Selain itu, Masir menggesa ibu bapa agar mempertingkat hubungan kerjasama dengan guru-guru bagi memajukan akademik anak-anak di sekolah.

“Harapan kita gabungan antara kedua-dua pihak mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan seterusnya mengisi keperluan tenaga kerja negara,” katanya.

Turut hadir Guru Besar SK Jaong, Mohd Tony Abdullah, Yang Dipertua PIBG SK Jaong, Tawai Muyang dan Pembantu Khas Masir iaitu Edmund Pirang.

No comments:

Post a Comment