ARKIB : 12/04/2014
Monokaran Mottain |
KUALA LUMPUR 11 April - Malaysia diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan persekitaran ekonomi global tidak menentu dan cabaran domestik yang berlaku ketika ini.
Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd., Monokaran Mottain berkata, ia adalah penting untuk memastikan unjuran sekitar lima hingga 5.5 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2014 dapat dicapai.
Katanya, pertumbuhan ekonomi China yang perlahan dan krisis berlaku di Ukraine antara cabaran global yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
"Situasi di luar negara ini mungkin tidak memberi impak kepada KDNK yang akan diumumkan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun Malaysia dinasihatkan supaya tidak duduk diam dan membiarkannya begitu sahaja.
Kita sebaliknya perlu terus mengikuti perkembangan semasa ekonomi global dan bersedia dengan pelbagai strategi dalam mendepani sebarang kemungkinan serta cabaran," katanya ditemui Utusan Malaysia sempena Persidangan Usahawan-Usahawan 2020 (TEC2020) di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, ujarnya lagi, cabaran di peringkat domestik meliputi kenaikan kos inflasi, konsolidasi fiskal dan aspek hutang isi rumah juga tidak boleh diendahkan.
Beliau berkata, unjuran KDNK kali ini boleh dicapai jika kerajaan terus menggandakan usaha menangani cabaran global dan domestik disokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tepat pada masanya.
GST sememangnya bagus untuk negara kerana ia bakal menjana lebih banyak sumber perolehan stabil sekali gus mewujudkan pertumbuhan yang mapan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140412/ek_05/Malaysia-perlu-berjaga-jaga#ixzz2yosN9x5J
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment