GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 14, 2014

Penjelasan GST bermula Mei - Ogos


PONTIAN 13 April - Biro Penerangan UMNO akan melatih 500 penceramah bagi menjelaskan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kini diputarbelitkan oleh pihak pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, setiap UMNO bahagian diminta memilih empat penceramah terbaik bagi menghadiri kursus khas yang akan diadakan pada 18 hingga 20 April ini dan seterusnya dapat memberi penjelasan kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kami harap setiap UMNO bahagian dapat menampilkan penceramah terbaik bagi memberi penerangan yang jelas tentang GST yang dijangka bermula pada Mei hingga Ogos ini," katanya selepas merasmikan Karnival Buku Jelajah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr. Ismail, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Abd. Wahab Ibrahim; Presiden Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku, Datuk Ivan Hoe Wat Seng dan Pengetua MRSM Tun Dr. Ismail, Arshad Omar.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pihaknya menyasarkan seramai mungkin masyarakat mendapat penjelasan daripada penceramah yang dilantik dalam tempoh tiga hingga empat bulan ini.

“Kami serahkan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian untuk menyusun program tersebut yang juga salah satu aktiviti yang perlu dilakukan pada tahun ini," katanya.

Mengenai jelajah buku berkenaan, 14 penerbit buku dengan 36 buah gerai menyertai program promosi karnival PBAKL sebenar yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra mulai 24 April ini hingga 4 Mei depan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment