GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 14, 2014

Karim bidas pembangkang bantah GST


Posted on April 10, 2014, Thursday

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membidas sikap ahli parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru-baru ini.

Bantahan itu diadakan pada 7 April ketika Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST yang menyaksikan ahli-ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah.

“Penerimaan dan penggunaan GST di 160 negara di dunia adalah manifestasi bahawa sistem ini adalah yang terbaik.

“Saya hairan mengapa Pakatan Rakyat membantah tanpa melakukan penyelidikan terperinci kebaikan dan keburukan sesuatu sistem baharu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai reaksi ahli-ahli parti pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2014 menyatakan bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan caj sebanyak enam peratus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Abdul Karim berkata lagi, kerajaan mengakui pada peringkat awal pelaksanaan kelak mungkin akan ada banyak kekeliruan dan mungkin ada pekedai yang akan mencuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga atas alasan membayar cukai GST.

“Tapi kalau kita selidik secara mendalam pada masa sekarang pun pekedai perlu bayar cukai yang melebihi jumlah enam peratus dan kalau mengikut kiraan normal, harga barangan sepatutnya menurun dengan kaedah cukai GST ini,” ujarnya.

Untuk mengatasi masalah itu, beliau menyarankan agar agensi penguat kuasa berkaitan memantau harga barangan dan mengambil tindakan terhadap pekedai yang tidak bertanggungjawab.

“Pakatan (Rakyat) saya nampak akan membantah apa sahaja yang kerajaan hendak lakukan,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment