Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: Biro Penerangan UMNO Malaysia akan melatih 500 penceramah dari 165 kawasan Parlimen UMNO di Semenanjung untuk memberi penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata, latihan selama tiga hari ini akan diadakan di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik di sini bermula 18 April ini.
"Kita akan meminta setiap bahagian memilih empat penceramah terbaik untuk dihantar dan dilatih mengenai GST sebelum ia disampaikan pada bahagian masing-masing dan orang ramai" katanya pada Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik UMNO Bahagian Kemaman di sini, semalam.
Menurutnya, penceramah yang dilatih untuk memberi penerangan lanjut mengenai GST tidak hanya memfokuskan acara parti politik itu semata-mata tetapi merangkumi pelbagai majlis bersama orang ramai.
"Kita juga akan mengemaskini iklan GST di televisyen dan akhbar untuk memaklumkan sebenarnya rakyat kita sudah membayar cukai jualan sejak 1972," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11
No comments:
Post a Comment