GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 14, 2014

Sasar kurang bergantung hasil minyak


Publication: BM
Date of publication: Apr 13, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 009

Kuala Lumpur: Kerajaan menyasar untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan negara daripada sumber hasil minyak kepada bawah 30 peratus dari semasa ke semasa.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata sasaran itu boleh dicapai dengan meningkatkan kutipan cukai pendapatan daripada sumber lain selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kita tidak mempunyai jangka masa tertentu untuk memenuhi sasaran itu namun kutipan cukai hasil minyak menunjukkan aliran menurun daripada 36 peratus sebelum ini kepada 31 peratus pada masa ini.

"Ia perlu dijalankan secara beransur-ansur kerana kerajaan tidak boleh menaikkan kadar cukai sumber lain secara mendadak," katanya pada Simposium Keusahawanan CEKAL 2014, di sini semalam.

Majlis itu dianjurkan Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban (ANSARA Seremban) dan dihadiri lebih 20 persatuan alumni MRSM.

No comments:

Post a Comment