GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

SAMM kesal sikap MOF dan Kastam


| January 7, 2014

Lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan sepatutnya digalakkan dalam menyediakan platform latihan GST.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dengan sikap Kementerian Kewangan (MOF), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dan MIDA yang enggan menyertai majlis penerangan tentang GST anjuran SAMM.

Menurut Mohd Faizal Ab. Rahman,Sekretariat GST/TPPA, SAMM Kebangsaan, SAMM bercadang mengadakan bengkel pemahaman mengenai GST pada 18 Januari ini dengan menjemput MOF, KDRM dan MIDA sebagai pembentang kertas kerja.

“MIDA telah menjawab tidak dapat hadir manakala MOF dan KDRM masih membisu walaupun surat jemputan sudah diemel pada 3 Disember lalu,” kata beliau dalam kenyataan kepada FMT.

Katanya, beliau kesal kenapa agensi-agensi yang terlibat dengan GST enggan menghadiri majlis ini sedangkan ia adalah platform utama bagi mereka untuk menerangkan kaedah percukaian GST.

“SAMM yang mempunyai rangkaian anak muda yang ramai ingin mendengar apa itu GST. Sebaliknya tindakan mereka enggan bekerjasama dengan SAMM menunjukkan bahawa anak-anak muda dinafikan hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang GST,” katanya.

Mohd. Faizal menambah Sekretariat GST SAMM juga tidak mahu terperangkap dalam permainan polemik politik berhubung perlaksanaan cukai GST kerana itulah SAMM memilih untuk mendengar dulu penerangan kaedah perlaksanaan GST daripada agensi terbabit sebelum satu pandangan atau komen rasmi dapat dikeluarkan.

Katanya, SAMM amat berharap agar agensi-agensi perlaksana GST ini juga tidak terperangkap dengan aksi politik semata-mata sebaliknya meraikan segenap lapisan masyarakat untuk mendapat penjelasan penuh dan menyumbang sedikit pandangan berhubung perlaksanaan GST.

Beliau mendakwa Sekretariat GST SAMM turut menerima sesalinan emel daripada sebuah badan latihan yang mengenakan yuran bengkel GST sebanyak RM 1200 kepada setiap peserta sedangkan pihak Kementerian Kewangan menyediakan peruntukkan sebanyak RM 100juta bagi tujuan latihan dan pemahaman GST.

“Terdapat pihak-pihak mengambil peluang mengenakan yuran yang mahal dan mengaut keuntungan dan berkemungkinan meningkat perbelanjaan latihan kepada syarikat-syarikat pemain industri yang mana mungkin segala perbelanjaan dan kos ini akan dipulangkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,” katanya lagi.

Beliau berpendapat seharusnya, kerajaan mengalu-alukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan platform latihan GST dan bukannya membiarkan syarikat swasta membuat latihan dengan yuran yang mahal.

No comments:

Post a Comment