GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

Naik gaji pekerja secara berperingkat


Oleh YULPISMAN ASLI
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jan. - KPGM Malaysia menyarankan supaya gaji pekerja sektor awam dan swasta dinaikkan secara berperingkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun depan.

Rakan Pengurus KPMG Malaysia, Johan Idris berkata, kenaikan tersebut bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup semakin meningkat, selaras dengan rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Johan bagaimanapun berpendapat, rasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana ia melibatkan banyak sektor membabitkan peruntukan yang sangat besar.

Beliau berkata, kerajaan pada masa sama perlu memastikan bahawa hasil GST yang diperolehi kelak dikembalikan semula kepada rakyat melalui projek pembangunan seperti perumahan mampu milik yang sangat diperlukan oleh mereka.

"Enam peratus adalah permulaan yang baik terutama selepas pelaksanaan GST, tarif baharu elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baharu tol," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan 'Kajian Ke Atas Pengarah Bukan Eksekutif (NED) 2013 - Profil dan Gaji' oleh syarikat itu di sini hari ini.

Johan yang juga Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata, pelaksanaan GST tidak dapat dielakkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun dan langkah serupa telah dilaksanakan oleh banyak negara malah sesetengahnya pada kadar lebih tinggi.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, GST yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016.

Ahmad berkata, pelaksanaan GST yang lebih telus dan adil ini juga akan mampu mengekang aktiviti 'wang gelap' pada kadar peratusan tertentu.

Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus.

Mengulas lanjut, Johan berkata, pemberian subsidi yang terlalu besar dalam banyak sektor sebenarnya turut dinikmati oleh syarikat-syarikat asing yang melabur di negara ini.

Justeru katanya, pelaksanaan GST diharap dapat mengatasi masalah 'ketirisan' dalam kutipan cukai sekarang di mana wang tersebut boleh digunakan untuk projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment