GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

GST bantu kurangkan harga barangan


Publication: BH
Date of publication: Jan 7, 2014
Section heading: 1Klassifieds
Page number: 015

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas bila kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Apabila dilaksanakan, GST menyaksikan cadangan kadar 4% bagi menggantikan kadar 10% bagi cukai jualan dan 5% cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang dan akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Perlaksanaannya akan dikecualikan ke atas 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

Walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa seperti yang dapat disaksikan di kenbanyakkan negara yang telah memperkenalkan cukai itu. Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga.

Kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan. GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar-pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata 7%.

- Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

1 comment:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans atlow interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +919205646839
    beautfinance@gmail.com

    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    beautfinance@gmail.com
    Whats app +919205646839

    ReplyDelete