GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 10, 2014

CUEPACS gesa naikkan gaji minimum RM1,200


Publication: BH
Date of publication: Jan 10, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 009
Byline / Author: Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Kuala Lumpur: CUEPACS menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam daripada RM900 kepada RM1,200 susulan kenaikan pelbagai harga barangan sejak awal tahun ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu dilihat wajar bagi menampung kos sara hidup penjawat awam berpendapatan rendah dengan gaji RM3,000 ke bawah sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015.

"Kami penjawat awam baru saja nak menikmati 2.5 peratus kenaikan gaji dituntut sebelum ini, tapi harga barang pula naik hampir 10 peratus. Ia tekanan kepada rakyat terutama penjawat awam berpendapatan rendah," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Kenaikan gaji tak berubah

Azih yang mengadakan majlis taklimat bersama warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berkata kenaikan gaji penjawat awam sebelum ini seperti tidak berubah susulan kenaikan harga barangan seperti gula, minyak, tarif elektrik dan keperluan lain yang turut menjejaskan pekerja sektor swasta.

Sementara itu, beliau mencadangkan langkah penjimatan baru kepada kerajaan, antaranya mengurangkan perbelanjaan makanan untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di depoh tahanan daripada RM75 seorang sekarang kepada RM35.

Kerajaan juga, katanya, digesa mengkaji semula tugasan sama yang dilaksanakan beberapa agensi yang sebaliknya wajar dikendalikan oleh hanya sebuah agensi.

"Contohnya, Jabatan Kerja Raya buat jalan, begitu juga pihak berkuasa tempatan, Jabatan Pengairan Saliran turut buat kerja sama. Jika lima hingga enam pihak diletak di bawah satu agensi, ia dapat membantu langkah penjimatan," katanya.

No comments:

Post a Comment