GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

Bayaran BR1M secara tunai lebih praktikal


Publication: BH
Date of publication: Jan 7, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 026
Byline / Author: Oleh Penerima BR1M

Cadangan kerajaan untuk menukar kaedah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disokong pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Namun, rakyat masih tertanya-tanya apakah bentuk kaedah baru itu.

Pandangan pakar ekonomi

Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata pemberian BR1M secara tunai akan menyebabkan rakyat menjadi penerima hanya `menadah tangan' bergantung kepada bantuan kerajaan. Kesannya, pembangunan ekonomi tidak kukuh atau berkembang.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom, mencadangkan satu peratus daripada enam peratus cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 2015 diasingkan dan digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan rakyat miskin seperti membayar bil elektrik dan air.

Apa pun pendekatan dan kaedah yang mungkin dilaksanakan, saya berpendapat kaedah biasa iaitu pembayaran secara tunai lebih praktikal dan disenangi rakyat. Dengan cara ini, rakyat dapat merasakan pemberian itu secara mutlak.

Rakyat menerimanya dan bebas membelanjakannya. Secara tidak langsung, pertumbuhan ekonomi negara juga berkembang.

Dalam usaha membantu rakyat, kerajaan perlu tahu pendekatan ahli ekonomi dan ahli politik berbeza. Ahli ekonomi hanya melihat dengan kaedah matematik. Tapi, bagi ahli politik, kaedah matematik tidak boleh diguna pakai bagi mendapat sokongan rakyat.

Rakyat mahu lihat pemimpin yang mereka pilih menabur budi dan bakti. Parti pembangkang sedang bergerak ke arah itu dengan cara pendekatan populis.

Kesan pemberian BR1M terhadap undi PRU-13

Kemenangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui majoriti mudah, sedikit sebanyak 'dipengaruhi' oleh BR1M. Rakyat (terutama luar bandar) membalas pemberian BR1M melalui kertas undi PRU-13.

Pembangkang sebenarnya tidak bersetuju dengan BR1M, lantaran itu mereka sedaya upaya memberi persepsi buruk. Mereka melabel BR1M rasuah politik. Penerima BR1M umpama haiwan yang hanya diberi makan dan menunggu masa untuk disembelih. Pemberi BR1M umpama Firaun.

Justeru, kerajaan tidak perlu mengubah kaedah pemberian BR1M. Bagi mengekalkan pemberian BR1M dalam keadaan ekonomi negara tidak memberangsangkan, kerajaan tidak perlu menambah jumlahnya. Kekalkan dengan jumlah sekarang iaitu RM500 setiap isi keluarga. Rakyat tetap gembira dan berterima kasih.

Jika kerajaan beri dengan kaedah lain walaupun banyak, mungkin rakyat tidak merasakan kenikmatan pemberian itu.

Penerima BR1M
Bukit Kening, Chenor

No comments:

Post a Comment