GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 10, 2014

GST: Serampang 2 mata raih untung?


NIZAM ZAIN
8 Januari 2014
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bercakap pada sidang media
mengenai kenaikan gaji perlu jika GST dilaksanakan kerajaan jangan
berboros siapsedia GST & Kementerian Pertahanan teruskan kontrak
kepada Awan Megah tanpa Bon Tanah di Ibu Pejabat PKR
pada hari ini. - SINAR HARIAN/Zulfadhli Zaki

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] [VIDEO] Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjelang 2015 dipercayai bermotifkan 'serampang dua mata', dengan memberikan pulangan dua kali ganda dan membolehkan kerajaan mengaut keuntungan lumayan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengambil contoh penjualan perisian MyGST yang sedang dibangunkan kerajaan kepada para peniaga, yang pada pemerhatiannya membolehkan kerajaan mengambil untung ke atas peniaga dan rakyat, sekali gus.

"Dengan mengenakan GST kepada rakyat dan peniaga, kerajaan boleh mengaut keuntungan dua kali ganda.

"Kerajaan mensasarkan penjualan perisian MyGST kepada 300,000 peniaga dan mungkin ia akan diwajibkan pada akan datang," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad semalam yang mengumumkan bahawa kerajaan telah membelanjakan RM100 juta untuk membangunkan satu sistem perisian perakaunan khusus untuk melaksanakan GST.

Katanya, perisian perakaunan yang dikenali sebagai MyGST itu kemudiannya akan dijual kepada peniaga-peniaga menjelang Mac 2015.

Selain itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mempertikaikan perbelanjaan yang besar untuk membangunkan perisian perakaunan tersebut sedangkan kerajaan hanya perlu menambah modul ke dalam perisian perakaunan sedia ada tanpa perlu membangunkan perisian baharu yang jauh lebih tinggi kosnya.

“Perbelanjaan sehingga RM100 juta untuk sebahagian daripada pelaksanaan GST adalah satu belanja yang besar dalam keadaan Barisan Nasional mahu mencukai rakyat untuk menampung defisit negara.

“Peruntukan RM100 juta bagi tujuan menjalankan kempen dan latihan GST itu menjadi lubuk kepada syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan lumayan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment