GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

Pekerja sudah nikmati kenaikan gaji 5-6 peratus


7 Januari 2014
Dr Yeah Kim Leng
KUALA LUMPUR - Majikan, terutama sektor swasta, sudah memberikan kenaikan gaji secara puratanya antara lima dan enam peratus kepada pekerja masing-masing sejak beberapa tahun lepas, kata RAM Holdings Bhd.

Ketua Ekonomi Kumpulan Dr Yeah Kim Leng berkata lazimnya kenaikan gaji yang diberi kepada pekerja masing-masing bergantung kepada prestasi serta kedudukan kewangan syarikat.

“Berikutan pelaksanaan GST, isi rumah secara puratanya akan dapat menangani sara hidup selagi peningkatan pendapatan melepasi purata indeks harga pengguna atau peningkatan kos hidup," katanya kepada Bernama.

Yeah mengulas laporan mengenai cadangan KPMG Malaysia supaya majikan sektor swasta dan awam menaikkan gaji pekerja masing-masing secara berperingkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015.

Firma perunding audit dan cukai itu mencadangkan kenaikan enam peratus setahun bagi menangani kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia.

Beliau berkata kumpulan 20 peratus terbawah dalam kalangan penduduk bekerja Malaysia yang memperoleh gaji minimum RM900, mungkin menghadapi kesukaran.

"Kerajaan menerusi majikan mungkin boleh memperkenal insentif lain seperti elaun pengangkutan awam dan kupon makanan bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu itu, katanya.

Sementara itu, Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mencadangkan penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai wakil kerajaan serta kementerian yang berkaitan, swasta dan wakil kesatuan.

Presiden Mohd Shafie Mammal berkata pasukan itu boleh membincangkan dan mengkaji implikasi GST ke atas rakyat.

"Perbincangan tersebut perlu telus bagi memastikan keberkesanannya," kata Mohd Shafie, yang juga presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment