GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 10, 2014

Laksana gaji minimum


Publication: HM
Date of publication: Jan 10, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam daripada RM900 ke RM1,200 sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Presidennya Azih Muda berkata, kenaikan itu bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup pada masa sekarang.

Beliau berkata, kenaikan itu harus dipandang serius kerajaan kerana peningkatan kos sara hidup dirasai semua terutamanya mereka yang bergaji rendah.

"Walau penjawat awam baru menikmati sedikit kenaikan gaji pada tahun lalu tetapi ia sudah kembali normal kerana tiada barang yang tak naik harga.

"Hal ini kerana kenaikan harga barang melebihi kenaikan gaji iaitu antara lapan ke 10 peratus sedangkan gaji naik dua hingga 2.5 peratus saja. Margin enam ke lapan peratus adalah tekanan yang harus ditampung mereka," katanya pada sidang media lawatan CUEPACS ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment