GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

Kenaikan gaji 6 peratus munasabah


Publication: BH
Date of publication: Jan 8, 2014
Section heading: Bisnes
Page number: 001
Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

Kenaikan gaji minimum enam peratus setahun adalah munasabah bagi membantu pekerja menangani beban kos sara hidup yang tinggi di Malaysia pada masa ini.

Rakan Pengurusan KPMG Malaysia baharu dilantik, Johan Idris, berkata enam peratus adalah permulaan baik terutama selepas (mengambil kira) faktor seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baru tol.

"Kenaikan gaji pekerja sebanyak enam peratus itu adalah munasabah selepas mengambil kira anggaran kenaikan kadar inflasi yang akan ditolak oleh faktor kenaikan harga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan laporan `Kaji Selidik Pengarah Bukan Eksekutif 2013 Profil dan Gaji' yang dijalankan bersama KPMG dan Institut Jawatankuasa Audit Malaysia (ACI) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Rakan Kongsi KPMG Malaysia, Peter Ho, Lee Min On dan Mohd Khaidzir Shahari.

Mengenai pelaksanaan GST, Johan berpendapat ia tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun.

Ganjaran purata

Sementara itu, kaji selidik KPMG MalaysiaACI mendedahkan ganjaran purata untuk pengarah bukan eksekutif (NED) di 300 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan permodalan pasaran, meningkat 37 peratus kepada RM122,000 setahun setakat 30 Jun 2013 daripada RM89,000 setahun pada 2009.

Johan berkata, syarikat di tangga ke 201 hingga 300 menunjukkan peningkatan terbesar, dengan ganjaran NED meningkat sekali ganda kepada RM65,000 setahun daripada RM32,000 setahun.

"Bagaimanapun, hasil kaji selidik itu tidak harus dilihat atau dibincangkan tanpa mengambil kira pelbagai perubahan dalam landskap korporat," katanya sambil menambah ganjaran itu adalah lebih rendah berbanding pasaran maju seperti Hong Kong dan Singapura.

Beri kenaikan gaji

Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata, majikan, terutama sektor swasta, sudah memberikan kenaikan gaji secara puratanya antara lima dan enam peratus kepada pekerja masingmasing sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, lazimnya kenaikan gaji yang diberi kepada pekerja bergantung kepada prestasi serta kedudukan kewangan syarikat.

"Berikutan pelaksanaan GST, isi rumah secara puratanya akan dapat menangani sara hidup selagi peningkatan pendapatan melepasi purata indeks harga pengguna atau peningkatan kos hidup," katanya mengulas kenyataan KPMG Malaysia berhubung kenaikan gaji pekerja di negara ini susulan pelaksanaanGST pada April 2015.

No comments:

Post a Comment