GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, January 7, 2014

Pelaksanaan GST: Gaji Pekerja Mesti Dinaikkan



January 7, 2014

KUALA LUMPUR – KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April depan.

Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan enam peratus setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.

“Enam peratus adalah permulaan yang baik terutama selepas pelaksanaan GST, tarif baharu elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar bahari tol,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan ‘Kajian Ke Atas Pengarah Bukan Eksekutif 2013 – Profil dan Gaji’.

Johan berkata pelaksanaan GST tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment