GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

KPMG gesa gaji pekerja dinaikkan


Publication: HM
Date of publication: Jan 8, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 035

Kuala Lumpur: KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April tahun depan.

Rakan Pengurusan baru dilantik, Johan Idris mencadangkan kenaikan enam peratus setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.

"Enam peratus adalah permulaan yang baik terutama selepas pelaksanaan GST, tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baru tol," katanya selepas pelancaran edisi kedua penerbitan 'Kajian Ke Atas Pengarah Bukan Eksekutif 2013 - Profil dan Gaji' di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan GST tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun.

No comments:

Post a Comment