GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 8, 2014

GST mampu beri impak positif


Publication: HM
Date of publication: Jan 7, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 032
Byline / Author: Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 bukan sahaja berperanan memperbaiki sistem cukai sedia ada sebaliknya ia mampu menyumbang tambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan eksport negara sebanyak 0.5 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya melihat pertumbuhan eksport itu disebabkan oleh harga barangan eksport negara yang lebih kompetitif dan laris di luar negara disebabkan harga barangan eksport berkenaan yang tidak dikenakan GST.

"Pada masa sama, pelaksanaan GST juga membolehkan negara mengumpul kutipan pendapatan bersih kira-kira RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion menjelang 2016.

"Selain itu, kerajaan juga tidak menafikan wujud impak sementara ke atas harga barangan pada awal pelaksanaan cukai ini, namun harga barangan akan kembali stabil kerana GST turut berfungsi mengurangkan kos perniagaan," katanya pada sidang media selepas taklimat mengenai Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di sini, semalam.

Ahmad berkata, pelaksanaan GST juga dilihat mampu mengurangkan aliran keluar kewangan haram sekitar 10 hingga 20 peratus menjelang 2020 berbanding 30 peratus ketika ini.

Beliau berkata, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan aliran keluar kewangan haram yang tinggi disebabkan pelbagai faktor terutama disebabkan aktiviti pengelakan cukai.

"Kami juga yakin pengurangan kadar peratusan keluar kewangan haram sebanyak lima peratus sekalipun sudah cukup tinggi untuk membantu pertumbuhan KDNK negara sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

No comments:

Post a Comment