ARKIB : 03/01/2014
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Golongan belia berpeluang menyampaikan pendapat, komen dan kritikan kepada kerajaan melalui Persidangan Isu-Isu Kebangsaan Untuk Generasi Y 2014 (NICGY2014).
Persidangan anjuran Generasi Pelapis Malaysia (GPM) itu menyediakan platform kepada para peserta menyertai sesi forum, perbahasan dan dialog berhubung isu semasa yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat seperti isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan lain-lain.
Presiden GPM, Muhammad Shazwan Sazali berkata, NICGY2014 yang memilih tema 'Think. Engage Contribute. Moving Malaysia Forward' itu antara lain dianjurkan sebagai menyahut keluhan golongan belia , khususnya mahasiswa yang mendakwa suara dan keluhan mereka kini tidak didengari oleh kerajaan.
Persidangan khas tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa depan dengan menyediakan 1,000 tempat untuk peserta yang berminat. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140103/dn_22/Peluang-belia-bersuara-kepada-kerajaan#ixzz2pZphdMzx
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment