GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, October 23, 2013

Shahidan: Kita tak pernah ciplak Bajet Pakatan


| October 22, 2013
Kita kena ingat apa pun bajet melibatkan pandangan rakyat, NGO, dan sebagainya


KUALA LUMPUR: Bajet 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini tidak meniru idea daripada Bajet Alternatif Pakatan Rakyat.

“Kita (kerajaan) tak pernah ciplak orang. Orang ciplak kita selalulah, apa yang kita cakap diciplak.

“Kita kena ingat apa pun bajet melibatkan pandangan rakyat, NGO, dan sebagainya yang saya ingat pembangkang tak buat macam tu.

“Jadi tak payahlah soal ciplak-ciplak ni rugi masa saja,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan menegaskan, sebarang keputusan mengenai perbelanjaan negara akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan terbuka kepada sebarang perbincangan.

Beliau berkata sedemikian dalam responnya terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mahu membentangkan bajet alternatif secara penuh pada Khamis, sehari sebelum itu kerana bimbang kerajaan Pusat akan mencuri idea mereka.

“Mereka (Pusat) ambil idea dari bajet kami sebelum ini tetapi jika mereka ambil idea kami dan mengucapkan terima kasih kepada kami tak apa.

“Kami tidak mahu perkara ini diulangi,” kata Anwar ketika membentangkan rumusan Bajet Bayangan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen semalam.

Ditanya kemungkinan kerajaan akan menarik balik pembentangan rang undang-undang pelaksanaa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika mendapat desakan daripada pihak pembangkang, Shahidan bagaimanapun berkata perkara itu tetap akan diteruskan.

“Sekali kita bentang kita takkan tarik balik. Saya cakap dari segi undang-undang,”tegasnya.

No comments:

Post a Comment