GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 25, 2013

Bursa catat sejarah



Oleh Fadzil Zainol
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Bursa Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah hari ini, iaitu pada paras 1,818.93 mata, naik 4.82 mata berbanding semalam.

Prestasi bursa bergerak antara 1,822.17 dan 1,817.41 mata sebelum ditutup. Pretasi yang dicatatkan hari ini meneruskan trend semalam yang telah mencatatkan pencapaian tertingginya iaitu pada 1,814.11 mata.

Beberapa kaunter yang mencatatkan prestasi yang baik ialah Petronas Dagangan Bhd. (Petronas Dagangan) yang naik 60 sen kepada RM30.90, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) naik 14 sen kepada RM9.50, UMW Holdings Bhd. naik 14 sen kepada RM12.54, Felda Global Ventures Holdings Bhd., naik 11 sen menjadi RM4.55, Telekom Malaysia Bhd. naik 10 kepada RM5.25.

Secara keseluruhan hanya 345 kaunter mencatatkan keuntungan, manakala selebihnya iaitu 420 merupakan kaunter rugi.

Menurut ulasan oleh JF Apex Securities Bhd., penutupan pada paras tertinggi dagangan hari ini berpunca daripada jangkaan beberapa syarikat seperti Petronas Dagangan dan TNB yang bakal menerima manfaat besar daripada Bajet 2014 yang akan diumumkan esok.

Bagaimanapun jelasnya lagi, bilangan kaunter rugi yang lebih banyak yang direkodkan hari ini adalah disebabkan pelabur tidak mengubah kedudukan pegangan saham mereka selepas prestasi yang baik semalam, bagi menantikan beberapa pengumuman penting di dalam bajet esok.

Sementara itu, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi pasaran saham pada hari ini banyak dipengaruhi oleh Bajet 2014, terutamanya jangkaan bahawa kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Antara pengumuman tersebut ialah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta program rasionalisasi subsidi.

"Langkah mengukuhkan kewangan kerajaan mampu memberi keyakinan kepada pelabur kepada ekonomi negara ini melalui pengurangan hutang," katanya.

Sebelum ini, beberapa penganalisis lain berpendapat pengenalan GST dan pengurangan subsidi bakal membawa prospek yang baik kepada keuntungan perniagaan.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment