GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 24, 2013

CPPS Cadang Kadar GST 5 Peratus



October 23, 2013

KUALA LUMPUR – Pusat bagi Kajian Dasar Awam (CPPS) bersetuju dalam pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), namun meminta kerajaan meningkatkan usaha memerangi manipulasi harga serta melaburkan semula keuntungan daripada GST untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

“GST dicadangkan bermula pada lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan kadar lima peratus GST itu adalah antara tujuh cadangan dasar CPPS dalam kertas dasar bertajuk “Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia: Satu Analisis Dasar” bertujuan meminimumkan aktiviti pengambilan untung secara tidak bertanggungjawab serta mengukuhkan kredibiliti kerajaan dalam melaksanakan reformasi percukaian itu.

Ia berkata kos pelarasan amalan penggunaan oleh isi rumah adalah sama pada empat hingga lima peratus GST memandangkan kadar yang dicadangkan itu masih rendah berbanding kadar standard semasa dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Lebih-lebih lagi kerajaan boleh menaikkan cukai pendapatan secara lebih bermakna dengan unjuran tambahan RM8 bilion serta mengurangkan langkah untuk menyemak turun kadar sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun akan datang,” kata CPPS.

Idea memperkenal GST mungkin menjadi kenyataan dalam Belanjawan 2014 dengan pelaksanaan bermula dalam tempoh 18 hingga 24 bulan, pada kadar permulaan empat peratus.

CPPS juga mencadangkan penguatkuasaan paparan jumlah sebenar bayaran GST pada tag harga bagi mengurangkan aktiviti mengaut keuntungan manakala barangan yang tidak dikenakan atau dikecualikan GST juga menggunakan tag yang sama untuk makluman pengguna.

“Kerajaan juga perlu menggalakkan penubuhan persatuan pengguna tempatan bagi membantu mengumpul laporan penetapan harga memandangkan isi rumah tempatan lebih sensitif terhadap perubahan harga berbanding agensi penguatkuasa di peringkat nasional,” katanya.

Ia turut mencadangkan kerajaan menetapkan tempoh lima tahun dan menyemak cukai dengan kemungkinan menaikkannya pada 2020 bagi memastikan kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan kadar atau memansuhkan GST bagi menggalakkan penstabilan harga.

Ia berkata isu ketirisan dan kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan awam perlu diselesaikan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kredibiliti pada mata awam membabitkan pelan pelarasan fiskal kerajaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment