GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 25, 2013

Malaysia perlu laksana GST - pakar kewangan




KUALA LUMPUR 24 Okt.- Negara-negara dengan kadar cukai rendah seperti Malaysia harus melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk mendapatkan asas cukai yang lebih meluas dan fleksibiliti lebih besar, kata seorang pakar kewangan antarabangsa.

Satyajit Das, daripada S. Das & Associates Pty. Ltd. yang berpangkalan di Australia berkata, pelaksanaan GST tidak pernah bergantung kepada masa yang sesuai atau tidak, kerana "anda hanya perlu lakukannya, apabila anda perlu melakukannya."

Das ialah pakar antarabangsa dalam derivatif kewangan, pengurusan risiko dan pasaran modal dengan pengalaman selama 35 tahun.

"Meluaskan asas cukai sememangnya amat penting di semua negara kerana GST merupakan satu mekanisme yang baik.

"Saya rasa agak malang cukai ini tidak dilaksanakan secara beransur-ansur dalam tempoh lima hingga enam tahun lalu, sebaliknya ia dilakukan sekarang kerana persekitaran luar telah berubah sedikit," katanya kepada Bernama.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment