GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 25, 2013

Pemberian subsidi 13 tahun punca ketidakcekapan, kata MCA


OLEH YISWAREE PALANSAMY
OCTOBER 24, 2013

MCA hari ini berkata, langkah kerajaan untuk memberi subsidi kepada beberapa barangan bagi tempoh 13 tahun akan memberi kesan ketidakcekapan.

Sehubungan itu, kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam menguruskan hasil pendapatan negara daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan.

“Hasil pendapatan negara yang diperolehi itu perlu digunakan untuk menampung subsidi bagi memastikan kerajaan mempunyai sumber pendapatan berterusan untuk menyediakan bantuan sasaran lebih baik,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Chua yang juga Ahli Parlimen Labih berkata, setakat ini RM250 juta digunakan untuk subsidi sahaja.

“Ini adalah jumlah wang yang banyak,” katanya.

Chua juga menggesa kerajaan untuk mengurangkan cukai individu dan kadar cukai korporat. – 24 Oktober, 2013.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Post a Comment