GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 25, 2013

Cergaskan ekonomi antara teras Bajet 2014



KUALA LUMPUR 24 Okt. - Mencergaskan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat secara inklusif, akan menjadi teras utama Bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Najib yang juga Menteri Kewangan, dijangka membentangkan cadangan secara meluas termasuk cadangan cukai dan insentif bagi meningkatkan hasil negara dan dalam proses itu meletakkan ekonomi negara pada kedudukan yang lebih kukuh.

Paling penting, rakyat perlu menerima hakikat bahawa pelan tindakan kewangan negara merupakan perancangan yang realistik, yang mengambil kira kemampuan dalam membantu rakyat serta melaksanakan usaha untuk mengurangkan perbelanjaan operasi.

Seperti lazimnya, sebahagian besar Bajet 2014 akan diperuntukkan untuk projek pembangunan, program dan langkah-langkah yang berfokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Dalam usaha untuk melaksanakan rejim percukaian yang menyeluruh, pengumuman mengenai tempoh masa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang menjadi bualan kini, mungkin akan dibuat.

GST, yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, dijangka dilaksanakan dalam tahun taksiran 2015, dengan harapan penetapan kadarnya rendah iaitu antara empat hingga lima peratus.

Berbanding beberapa pandangan berbeza, mengurangkan rasuah dan meningkatkan kecekapan tidak akan meningkatkan hasil, namun usaha untuk mencapai matlamat ini, mengurangkan ketirisan dan disokong oleh GST, berpotensi meningkatkan pendapatan negara.

Langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan perusahaan mikro serta menambah sumbangan mereka kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana, yang seterusnya akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah-langkah mengurangkan subsidi secara beransur-ansur. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment