GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 24, 2013

GST: Beban Cukai Bahagi Sama Rata



October 23, 2013

KUALA LUMPUR — Seorang pakar ekonomi Alliance Bank Malaysia berkata beban cukai akan dibahagi sama rata dengan pengenalan rejim cukai yang meluas seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam pengumuman Belanjawan 2014.

Ketua Ekonomi, Manokaran Mottain berkata adalah penting untuk Malaysia meluaskan asas cukai, kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini.

“Berdasarkan perkembangan baru-baru ini, kami menjangka kerajaan mengumumkan tempoh masa untuk pelaksanaan GST menjelang 2015.

“Kerajaan mungkin memerlukan tempoh antara 12-18 bulan untuk proses penggubalan di parlimen,” kata beliau kepada Bernama.

Kadar GST yang sesuai untuk permulaan adalah antara empat peratus dan lima peratus, kata Manokaran.

GST buat pertama kalinya dicadangkan pada 2007, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan berikutan krisis kewangan global.

Walaupun terdapat jangkaan untuk beberapa dasar popular, belanjawan tahun ini adalah penting, ketika kerajaan mengimbangkan antara pertumbuhan proaktif dan pengurangan perbelanjaan, kata Manokaran.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi RAM Ratings Dr Yeah Kim Leng berkata GST dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2015.

“Pelaksanaan GST adalah agak kritikal. Ia akan membantu mengurangkan pergantungan cukai pendapatan langsung yang merupakan 27 peratus daripada hasil cukai,” katanya kepada Bernama.

Selain daripada melaksanakan GST, Yeah berkata penswastaan aset bukan teras kerajaan boleh meluaskan pendapatan kerajaan.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment