GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, October 25, 2013

#Bajet2014 Preview: Live




25 Okt 2014 Jumaat

5.10ptg: GST AKAN DILAKSANAKAN PADA 1 APRIL 2015 DAN CUKAI JUALAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN (SST) DIHAPUSKAN SERENTAK!! KADAR STANDARD GST ADALAH 6%.

5.09ptg: Dana pinjaman mudah RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang dilaksanakan bagi membantu siswazah menceburi dunia keusahawanan serta memberikan galakan golongan ini untuk menjadi usahawan selepas tamat pengajian bagi mengurangkan kadar pengangguran.

5.07ptg: Pejabat Pembangunan Usahawan Negara akan diwujudkan di bawah Unit Strategi Nasional bagi merancang dan menyelaras aktiviti usahawan.

5.06ptg: Kerajaan akan melaksanakan fasa kedua Projek jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dengan kos RM1.8 bilion, di mana ia akan beri tambahan liputan terutama di kawasan bandar.

5.05ptg: Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion akan disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membiayai pembinaan infrastruktur dan pembelian peralatan.

4.54ptg: Tahun 2015 diumumkan sebagai “Year of Festival” dengan sasaran peningkatan jumlah pelancong ke Malaysia. Tahun 2014 pula sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran 28 juta pelancong. 

4.48ptg: Kerajaan akan menggubal Dasar Penerbangan Nasional bagi memperkukuhkan eko-sistem dan rantaian perkhidmatan industri penerbangan. Satu pusat pengurusan trafik penerbangan baharu bernilai RM700 juta juga akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menggantikan sistem pengurusan sedia ada di Subang yang kini sudah berusia 20 tahun. Sistem baharu ini akan meningkatkan gerakan trafik daripada 68 kepada 108 pergerakan setiap jam. Ini adalah antara tertinggi di dunia. Beberapa lapangan terbang terutama di Sabah dan Sarawak iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah akan dinaik taraf dengan peruntukan RM312 juta. Terminal penumpang di Langkawi dan Kuantan juga akan dinaik taraf.

4.46ptg: Kerajaan menyediakan RM1.6 bilion pada 2014 bagi pembangunan di lima wilayah Koridor. Antara projek utama ialah industri berasaskan kelapa sawit atau Wilayah Pembangunan Sabah dan Taman Perindustrian Samalaju serta hab halal atau Wilayah Koridor Sarawak. Di Wilayah Pantai Timur, kerajaan akan melaksanakan perluaskan Pelabuhan Kuantan, pembinaan Kompleks Petrokimia Bersepadu di Gebeng & Kertih.

4.44ptg: Pelaburan swasta dianggar meningkat kepada RM189 bilion (17.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar) terutama bidang minyak dan gas, tekstil, pengangkutan dan hartanah.

4.43ptg: Ekonomi negara dijangka berkembang 4.5 peratus hingga 5 peratus untuk 2013, disokong pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 16.2 peratus (RM165 bilion)

4.35ptg: Pendapatan perkapita negara bagi tahun 2014 dijangka mencecah RM34,126 iaitu 37 peratus lebih tinggi berbanding RM24,879 pada 2009. Malaysia dijangka mampu menjadi negara maju lebih awal berikutan pendapatan perkapita bagi 2020 dijangka melebihi sasaran iaitu RM46,000. 


No comments:

Post a Comment