GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 25, 2013

Wajar tangguh kenaikan elak beban rakyat


Publication: BH
Date of publication: Nov 23, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 018

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar menangguhkan kenaikan cukai pintu supaya rakyat terutama golongan muda tidak menanggung beban yang semakin tinggi.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata cadangan itu wajar diteliti kerana pelaksanaannya akan membebankan orang ramai terutama ketika keadaan ekonomi tidak menggalakkan.

Ambil kira kepentingan semua pihak

Katanya, ABIM tidak menafikan keperluan penstrukturan semula cukai pintu untuk menjana pendapatan DBKL tetapi pelaksanaannya harus mengambil kira kepentingan semua pihak dan mengikut masa yang sesuai.

"Rakyat belum lagi reda dengan isu kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kini, mereka terpaksa menanggung kenaikan cukai pintu pula.

"Ia membebankan, terutama dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan menaikkan kadar cukai pintu tidak wajar kerana pendapatan isi rumah masih berada dalam keadaan statik ketika ini.

Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah, berkata cadangan kenaikan itu tidak sesuai ketika penduduk ibu kota terpaksa berdepan dengan kos kenaikan barang dan sara hidup yang tinggi.

No comments:

Post a Comment